Pameran Bahan Pengajaran Pembelajaran
Di Sekolah Kebangsaan Beroleh |
- Untuk mendapatkan maklumat tentang kesesuaian Bahan Bantu Pembelajaran (BPP) yang dipamerkan dari persepsi guru-guru sekolah.
- Untuk mempertingkatkan kualiti penghasilan BPP di kalangan guru-guru pelatih dari aspek keperluan sebenar sekolah.
- Mengadakan kerjasama di antara IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui penggunaan BPP yang sesuai dan berkesan.
SK Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor |
Bahan 3D juga merupakan kategori yang kedua dipamerkan di sini. Bahan ini meliputi bahan diorama, realia, akuarium. Bahan-bahan ini merupakan sebahagian bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar di sekolah nanti.
Melihat pameran anjuran JTP |
Aturcara Pameran
9 Ogos 2011 (Selasa)
09.00 pagi- Majlis perasmian pameran.
10.00 pagi - Lawatan ke tapak pameran.
10.30 pagi - pengajaran makro
11.30 pagi Forum "Cabaran penggunaan bahan pengajaran pembelajaran konvensional dalam era digital"
10 Ogos 2011 (Rabu)
9.00 pagi - Pameran diteruskan
11.00 pagi Majlis penutupan perasmian oleh Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn, batu Pahat.
Ruang Pameran Bahan Pengajaran Pembelajaran |
Antara aktiviti sempena Pameran Bahan Bantu Mengajar di SK Beroleh, aktiviti pengajaran makro juga dijalankan. Akrtiviti pengajaran makro ini dilaksanakan di kalangan guru praktikum yang di sekolah berkenaan.
Selain daripada itu diadakan juga aktiviti forum yang bertajuk " Cabaran Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Konvensional Dalam Era Digital. Ahli panel terdiri dari En. Omar bin Zakaria, En. Mohan a/l Palaniandy dan juga Pn. Rahana binti Ismail iaitu Guru Besar Cemerlang SK Beroleh. Sementara iru moderator bagi forum ini ialah En. Ismail bin Jaafar. Perbincangan topik yang dikemukakan berjalan dengan peuuh muhibbah . Setiap ahli panel memberi pandangan dari sudut kepakaran masing-masing. Pendapat dan ideia yang diberikan dapat mencambah fikiran untuk melaksanakan cabaran bahan bantu mengajar di sekolah nanti.
Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan |
Pelajar-pelajar S4-PISMP yang diwakili oleh dua orang dari setiap kelas telah membantu melicinkan lagi perjalanan pameran yang diadakan di sini.
Guru Besar Cemerlang SK Beroleh |
Guru Besar SK Beroleh sedang membuat lawatan tapak pameran anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan.
Petugas terdiri dari kalangan pelajar sedang menyusunatur bahan pameran di tapak pameran.
Subscribe to:
Posts (Atom)