Video

Pelajar Malaysia Terbunuh (Menuntut di Jepun)














Harian Metro

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.
Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.



Catatan
Mangsa adalah anak seorang guru SMK Dato Onn, Simpang Lima Batu Pahat, Johor. Tempat kediaman keluarga mangsa ialah  di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat. Mangsa adalah seorang penuntut di sebuah Universiti di Jepun.




Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

BATU PAHAT 27 Julai - "Arwah pernah meminta ayahnya memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun untuk membayar yuran pengajian tetapi permintaannya itu tidak sempat ditunaikan".
Demikian kata seorang ahli keluarga kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Kyushu, Fukuoka, Jepun, Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Taman Perdana di sini yang ditemui mati di Pattaya, Thailand Sabtu lalu.

Menurut sebuah akhbar tempatan, empat hari sebelum penemuan mayat itu, keluarga arwah telah membuat laporan berhubung kehilangannya.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, bapa arwah mahu memasukkan wang yang diminta itu kelmarin, tetapi berita penemuan mayat arwah membatalkan hasrat tersebut.
Menurutnya, ibu arwah baru meninggal dua bulan lalu, manakala bapanya ialah seorang guru.

Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bakal menamatkan pengajiannya pada April tahun depan.
Suasana sepi menyelubungi kediaman arwah di sini, namun hampir kesemua ahli keluarga terdekat yang hadir menanti jenazah dibawa pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) enggan ditemu bual pemberita.

Menurut ahli keluarga itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Banang di sini, malam ini.

Utusam Malaysia

Malaysian falls to his death at Central Pattaya Condominium

25th July 2011

25_07_54_1

pattya city real estate property condos house sale rent buy jomtien bangkok luxury hotel spa resort store gold silver
A Malaysian resident has fallen to his death at a condominium in Central Pattaya. Police and rescue workers were called to the Niran Grand Condominium in Soi Arunothai on Saturday and were directed to a car parking area and to the body of Mr. Muhammad Syafiq Bin Abu Ani aged 25. The trauma suffered was consistent with a fall from a high floor and it was determined he had fallen from the 14th floor where a bag of clothes and the victim’s sandals were found along with a plane ticket which indicated Mr. Muhammed was due to fly out of Bangkok to Kuala Lumpur on Friday 22nd, the day before the fall. Nobody knew of Mr. Muhammed who is not thought to be a resident at the condominium and although indications suggest this was a suicide, Police will liaise with the Malaysian Embassy in Bangkok first to determine any reasons behind him missing his flight and to learn more about his background.

Kursus Koperasi 2 -Pelaburan

26 Julai  2011 (Selasa)

Koperasi Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn Berhad telah menghantar  4 orang  peserta untuk mengikuti  kursus pelaburan.  Kursus ini diadakan  di Hotal Seri Pelangi, Muar, No. 79 Jalan Sisi 84000 Muar, Johor. Peserta yang  terlibat  dalam kursus ini ialah Hj. Muhammad Amin bin Simon, En. Ismail bin Jaafar, Hj. Esa bin Abd Rahman dan Pn. Zanariah binti Mahyun. Mereka ini adalah  Ahli Lembaga Koperasi yang dihantar untuk mendalami tentang ilmu pelaburan untuk koperasi.

Kursus ini dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Jumlah peserta yang diambil dalam kursus ini ialah 50 orang dan terbuka kepada semua ahli lembaga, ahli koperasi yang berdaftar dengan Angkasa.

Aturcara Kursus 1 Hari ialah seperti berikut:
8.00 hingga 9.00 pagi pendaftaran
9.00-9.30 pagi - Taklimat dan suai kenal
9.00-10.30 pagi- Minum pagi
10.00-11.30 pagi - Modul 1 - Perundangan koperasi dan asas pelaburan
11.30-12.30 tgh- Modul II - Teknik-Teknik Penilaian Pelaburan
12.30-2.00 petangt- Makan Tengahari/Rehat
2.00-3.00 petang- Modul II-Sambungan Teknik-teknik Penilaian Pelaburan
3.00-4.00 petang- Modul III - Pengurusan  Dikumen Pelaburan
4.00 - 5.00 petang - Latihan
5.00-5.30 petang -Minum Petang/Bersurai

Penceramah  kursus untuk  Modul1, Modul II* dan Modul III ialan En. Azman bin Ahamad. Beliau adalah kakitangan Angkasa iaitu Unit Latihan.Majlis kursus dimulakan dengan ucapan  pegawai perhubngan angkasa. Isi kandungan Modul kursus  pelaburan koperasi  adalah seperti berikut:

Modul I
1.Pengenalan
2. mengikut perundangan koperasi
  • Kumpulan wang rizab statutori
  • Kumpulan wang amanah pendidikan koperasi
  • Kumpulan wang amanah pembangunan koperasi
  • Pembayaran potongan keranan pelanggan
  • Pembayaran dividen
  • Pembayaran untuk kebajikan anggota dan masyarakat.
3. Jenis-jenis pelaburan

Pelaburan Aset Kewangan. Antaranya ialah pelaburan saham,pelaburan amanah tetap pelaburan modal,aaham amanah tanpa jaminan modal, simpanan tetap,amanah  saham jaminan modal, bon, dinar emas, dirham perakSementara itu  pelaburan aset tetap (harta tak alih) seperti membuat pelaburan terhadap  bangunan dan tanah atau pelaburan aset-aset alin  seperti mesin, perniagaan dan projek baru.

4. Asas dalam membuat pelaburan
  • Pengetahuan tentang pelaburan
  • Membuat kajian kemungkinan
  • Melantik pengurus pelaburan
  • Sumber kewangan
  • Elak pelaburan berisiko tinggu
  • Menyedia cadangan pelaburan
5. Kesimpulan

Modul  II
1.Pengenalan
2. Teknik penilaian aset kewangan/Pelaburan wang
  • Pelaburan saham
  • Analisis pelaburan saham
3. Teknik penilaian aset tetap
  • Model Tanpa  Diskaun
  • Model Diskaun
4. Teknik aset tetap/Harta tak alih
5. Kesimpulan


Modul III

1. Pengenalan
2. Dokumen-dokumen pelaburan
  • Surat permohonan
  • Kertas kerja cadangan pelaburan
  • Unjuran aliran tunai dan unjuran untung rugi pelaburan untuk tempuh 3 hingga 5 tahun
  • Cabuta  minit mesyuarat agung dan mesyuarat lembaga yang disahkan
  • Penyata mudah tunai
  • Salinan penyata bank tiga bulan kebelakangan
  • Penyata kewangan beraudit tiga tahun kebelakangan
  • Laporan penilaian (jika berkenaan)
  • Draf perjanjian (jika berkenaan)
  • Surat tawaran pelaburan
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan
  • Sirat permohonan
3. Contoh format surat permohonan pelaburan
4. KesimpulanKesimpulan

Bibliografi

Akta Koperasi (Pindaan 2007), Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Garis Panduan Penyeliaan Koperasi Jabatan Pembangunan Koperasi, 2005
Pekeliling Ketua Pentadbir Bil 2/2003, Jabatan Pembangunan Koperasi
Dimensi KOOP bil 1/2006, Maktab Kerjasama Malaysia, januari 2006
Roslan Hj. Ali (2003).Pelaburan, Penilaian dan Penerapan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pistaka.
Rokian Hassan(2003).Pelaburan Saham Dalam Perancangan Kewangan, Leed Publication.
Laporan Tahunan ke-75, Koperasi Telekom malaysia Berhad (Kota Mas)
Ismail Ab. Wahab dan Faridah Ahmad (2004). Strategi Pengurusan Kewangan; Perniagaan Kecil dan Sederhana. Prentice Hall, Selangor.


Butiran Angkasa

Angkasa
Pejabat Perhubungan Angkasa Negeri Johor
No 14-A, Jalan Besi 2, Taman Sri Putri,
81300 Skiudai, Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5584457
No. Fax ; 07-5584457
Email; jpn-johor@angkasa coop

Mesyuarat EDU3105

25 Julai 2011 (Isnin)

Batu Pahat: Satu mmesyuarat pensyarah-pensyarah EDU3105 telah diadakan pada 25 Julai 2001 iaitu hari Isnin. Mesyuarat ini diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Hj. Muhammad Amin bin Simon, En. Zelkepli bin Shahrom, Cik Ong Chiek Pin dan Cik Kan Fung Kuen. Sementara En. Mohan tidak dapat hadir kerana berada di luar tugas rasmi.

Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah penyelarasan kerja kuursus EDU 3105 untuk pelajar-pelajar S$-PISMP- RBT1, RBT2, RBT3,RBT4, PJ, SN, BC. Tugasan bertumpu kepada Tugasan Individu dan tugasan kumpulan. Mesyuarat memutuskan tugasan KKBI ini mempunyai pemberatan 6p % sementara peperiksaan sebanyak 40%. Tugasan individu pula sebanyak 40% (portfolio) sementara membina pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dan pembinaan bahan multimedia ialah 60%.

Pelajar dikehendaki membina bahan multimedia yang mengandungi bahan pengajaran selama 15 hingga 20 minit. Bahan ini mesti;lah dalam bentuk soft copy untuk pakej pengajaran da pembelajaran. Sementara itu bahan tugasan ISL, bahan aativiti pengajaran dan pemelajaran serta bahan ISL yang dibuat dimasukkan dalam portfolio yang akan dinilai.

Mesyuarat memutuskan bahan tugasan ini diberi pada 25 Julai 2011 dan tarikh menghantar tugasan ialah 24 Ogos. Oleh kerana tarikh tersebut, p[elajar semester 4 menjalani OS, maka penghantaran dilanjutkan iaitu selepas cuti raya Aidil Fitri.
Bagi tugasan membina bahan pengajaran, pelajar dibenarkan membuat kumpulan iaitu sua orang satu kumpulan.

Selain saripada itu, mesyuarat ini juga memfokuskan berkaitan tajuk-tajuk tertentu seperti tajuk fotografi akan dibantu olehKetua Unit Teknologi Pendidikan. Sementara itu tajuk-tajuk seperti pengintegrasian akan dibantu oleh pensyarah yang mahir dalam bidang ini.

Pelajar juga dibenarklan mengambiul gambar menggunakan kamera digital kepunyaan sendiri seperti mengambil gambar menggunakan teknik close up, panning dan sebagainya.

Mesyuarat penyelarasan ini ditangguhkan pukul 4.30 petang.

Mesyuarat ALK 5

Mesyuarat Ahli Lembaga kali ke-5 telah diadakan pada 22/7/2011 iaitu pada hari Jumaat. Mesyuarat ini diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan  mulai pukul 2.45 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ismail bin Jaafar.

Seramai tujuh orang  Ahli Lembaga  telah datang bermesyuarat. Mereka ialah En. Ismail bin Jaafar (Pengerusi), Hj. Muhammad Amin bin Simon (Setiausaha), Ph. Hjh. Zanariah binti Mahyun (Bendahari), Hj. Esa bin Abd Rahman (ALK),En.  A.Latif bin Abdullah (ALK)Muhamad Ikram (ALK) dan Aflah (ALK). Sementara  lima orang lagi tidak hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi. Pengerusi menyentuh tentang  perjalanan kedai koperasi. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada  Pengurus Kedai Koperasi Hj. Esa kerana telah dapat menjalankan tugas sebagai pengurus kedai dengan baik sekali. Keadaan kedai kemas dan terurus. Kebolehkepercayaan terhadap  penjaga kedai  adalah tinggi dan berkualiti. Pengerusi juga menyatakan tentang pungutan wang sewaan kedai fotostat telah bermula mulai Jun 2011 yang dibayar oleh  penyewa Kedudukan stok yang ada pada kedai  juga amat memberangsangkan.

Seterusnya  pengesahan minit mesyuarat . Hj. Esa bin Abd Rahman telah mencadangkan supaya minit mesyuarat  ALK kali ke-4 disahkan. Ini disokong oleh Pn. Hjh. Zanariah binti Mahyun. Perkara berbangkit yang ditimbulkan ialah perjanjian sewa kedai fotyostat agar dapat dibuat pembaharuan. Dengan ini majlis bersetuju memutuskan supaya Pengerusi  membuat perjanjian demuala dengan Ah Meng mengenai sewa kedai fotostat.

Laporan dari pengurus kedai  mendapati perjalanan aktiviti  kedai berjalan  lancar. Didapati bahawa stok masih ada dan memenuhi keperluan pelanggan. Memandangkan keadaan kedai koperasi adalah satu pelaburan. Laporan  unit kebajikan masih tidak dapat dilaporkan kerana ALK yang bertanggungjawab   tidak dapat hadir  pada mesyuarat kali ini.

Seterusnya pengerusi  membincangkan persediaan mesyuarat Agung kali ke-15. Majlis memutuskan mesyuarat kali ini diadakan pada 19/8/2011 (Jumaat) pukul 2.00 petang. Tempat diadakan ialah  di Dewan  Seri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Pembentukan Jawatankuasa  adalah seperti berikut:

Persiapan tempat dan  peralatan
  • Muhammad Hazlin
Jemputan
  • Hj. Muhammad Amin bin Simon
Buku Laporan Tahunan dan Pencetakan
  • Hj. Muhammad Amin bin Simon
Banner/backdrop
  • Hj. Esa bin Abd Rahman
Cabutan bertuah
  1. Hj. Esa bin Abd Rahman
Cenderahati
  • Pn. Hjh. Zanariah binti Mahyun
Pendaftaran
  • A. Latif bin Abdulllah
Pemberian Elaun Kehadiran Mesyuarat
  • Pn Hjh. Zanariah binti Mahyun

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi KGMMB Berhad Kali ke -14

Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi KGMMB Berhad  kali ke-14 diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu). mesyuarat ini berlangsung di di Hotel Brisdale Kuala Lumpur, 65 Jalan Hj. Hussein, Off Jalan Tuanku Abd Rahman.Para perwakilan mula mendaftar mulai jam 3.00 petang.

Majlis  Perasmian diadalan pada 15 Julai 2011 (Jumaat) jam 8.00 malam.Pakaian rasmi  perwakilan ialah Baju batik bagi lelaki  sementara perempuan ialahbajukurung. Pakaian semasa mesyuarat diadakan ialah baju melayu bagi lelaki.

KGMMB Johor telah menghantar perwakilan seperti berikut:
  1. Cikgu Hj.Miskan bin Siman-Batu Pahat
  2. Cikgu Muhammad Amin bin Simon
    IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. 
  3. Cikgu Abd Salam bin Zakaria
    SK Tenaga Setia, Seri Medan, Batu Pahat, Johor.
  4. Cikgu Abd Rahim bin Ismail-Batu Pahat
  5. Cikgu Esa bin Manap-Batu Pahat
  6. Cikgu Esa bin Abd Rahman
    IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
  7. Cikgu Zainal bin Broh,
    SMK Pekan Baru, Muar, Johor.
  8. Cikgu Hj. Nordin bin Yusof
    IPG Kampus  Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
  9. Cikgu Ibrahim bin Marlan
    SMK Seri Medan, Batu Pahat, Johor.
  10. Cikgu Mohd Hair bin Padilan
    SK Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.
    Perwakilan Johor
    Selain daripada perwakilan Johor, perwakilan dari negeri lain juga terlibat. Di antara perwakilan yang hadir ialah perwakilan perwakilan negeri Pahang, perwakilan negeri Melaka, Perwakilan negeri Selangor, perwakilan negeri Kelantan, perwakilan negeri Kelantan, perwakilan negeri  Perak Utara, perwakilan negeri Kedah, perwakilan negeri Perak Selatan dan perwakilan negeri Perlis.






    Ahli Lembaga  Koperasi KGMMB

    Barisan Ahli Lembaga Koperasi KGMMB sedang bersiap sedia untuk memulakan persidangan kali ke 14.










    Mendengar  ucap utama

    Barisan perwakilan Koperasi KGMMB Cawangan Johor mengambil tempat.











    Perwakilan mendengar ucap utama Presiden Koperasi KGMMB

    Perwakilan Koperasi  KGMMB Johor sedang mendengar sesuatu daripada Presiden.











    Perwakilan Selangor mengambil tempat


    Perwakilan negerui Selangor sedang mengambil tempat.









    Perwakilan sedang menikmati jamuan


    Berehat sebentar sementara menentikan persidangan disambung semula untuk sesi ke-2.










    Pameran semepena Persidangan Perwakilan Koperasi KGMMB

    Pameran diadakan oleh Koperasi KGMMB di ruang legar Hotel Brisdale , Kuala lumpur.












    Membuang undi

    Perwakilan Johor sedang membuang undi untuk memilih  Ahli Lembaga yang baru.













    Para perwakilan yang bertanding dalam pemilihan  Ahli Lembaga adalah seperti berikut:
    1. Cikgu Ibrahim Zainal (Pulau Pinang)- 19 undi
    2. Cikgu Ruslan bin Madon (Wilayah Persekutuan)-58  undi
    3. CikguSuhaimji bin Ramli (Selangor)- 36 undi
    4. Cikgu Md Said Hussein (Negeri Sembilan)-54 undi
    5. Cikgu Rosdi bin Md Salleh (Terengganu)- 11 undi
    6. Cikgu Hj. Miskan bin Siman (Johor)- 9 undi
    7. Cikgu Nor Azman bin Norfin (Perak)- 32 undi
    8. Cikgu Ishak bin Md Nor (Selangor)- 71 undi
    9. Cikgu Abd Wahab bin Ismail (Perlis)- 15 undi
    10. Cikgu Abd Razak bin Nazri (Perak)- 18
    11. Cikgu Ibrahim bin Marlan (Johor)- 42 undi
    12. Cikgu Saidin bin Rashid (Pulau Pinang)- 46 undi 
     Persidangan perwakilan ke-14 tamat pada pukul 1.30 tengahari.

      Murid tumbuk guru


      Murid tumbuk guru

      Murid Lawan Guru

      Murid  tingkatan 2  tumbuk guru perempuan


      Sebuah sekolah menengah di Perlis



      Program Larian 1 MUrid 1 Sukan 1 Malaysia Julai 2011

      Program Larian Serentak 1Murid ISukan IMalaysia


      IPG Kampus Tun Hussein On sebuah institut  pendidikan guru  yang tidak ketinggalan melaksanakan Program  Larian Serentak I Murid 1 Sukan I Malaysia. Program ini telah diadkan pada 02 Jun 2011 (Sabtu). Tempat bermua di padang berhadapan dengan Astaka IPGKTHO.  Semua warga  IPG KTHO termasuk pensyarah, staf sokongan dan juga pelajar-pelajar menjayakan progeam ini.
      Peserta  larian berkumpul di hadapan Astaka IPGKTHO

      Berikut adalah agenda pada hari tersebut
      6.30 - 6.45 pagi semua peserta melapiorkan diri
      6.45 pagi ketibaan  Pengarah
      • Senamrobik
      • Bacaan doa
      • Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
      • Pelancaran
      7.45 pagi - Larian Serentak I Murid I Sukan I Malaysia bermula
      8.30 pagi - larian tamat
      • Rehat
      10.00 pagi - Gotong Royong (Mengikut Jabatan dan Unit)

      Gotomg Royong di Blok Kemahiran Hidup


      Jamuan disediakan di Blok Kemahiran HIDUP