Kemahiran maklumat

Kemahiran Maklumat

Pameran Bahan Pengajaran Pembelajaran

Di Sekolah Kebangsaan Beroleh
Pameran bahan Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus tun Hussein Onn telah diadakan pada 9-10 Ogos 2011. Pameran ini  dengan kerjasama  Sekolah Kebangsaan Beroleh Batu Pahat bertujuan
  1. Untuk mendapatkan maklumat tentang kesesuaian Bahan Bantu Pembelajaran (BPP) yang dipamerkan dari persepsi guru-guru sekolah.
  2. Untuk mempertingkatkan kualiti penghasilan BPP di kalangan guru-guru pelatih dari aspek keperluan sebenar sekolah.
  3. Mengadakan kerjasama di antara IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui penggunaan BPP yang sesuai dan berkesan.
    SK Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor
    ameran ini berlangsung selama  2 hari  yang diadakan di SK Beroleh. Bahan pameran adalah meliputi bahan 2D, bahan 3D dan juga Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Setiap komponen ini mempunyai  bahan-bahan  pameran yang tersendiri. Bahan 2D yang dipamerkan meliputi carta organisasi, carta urutan dan sebagainya yang meliputi pelbagai mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.. Misalnya mata pelajaran Kemahiran Hidup, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Jasmani dipamerkan. Pelbagai bentuk BPP yang disediakan oleh guru pelatih. Bahan-bahan ini adalah hasol kerja guru melatih melalui tugasan kerja kursus berasaskan ilmu yang telah dinilai oleh pensyarah-pensyarah  yang mengajarnya.
    Bahan 3D juga merupakan kategori yang kedua dipamerkan di sini. Bahan ini meliputi bahan diorama, realia, akuarium. Bahan-bahan ini merupakan sebahagian bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar di sekolah nanti.

    Melihat pameran anjuran JTP
    Pameran bahan  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga dipamerkan . Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pegintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Murid-murid didedahkan  dengan penggunaan media pengajaran jenis ini dengan tujuan dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka. Penyelaras bahan 3D iaitu Hj. Muhammad Amin bin Simon  sementara penyelaras bagi bahan 2D ialah En. Shaifol Bahary bin Sulaiman.



    Aturcara Pameran

    9 Ogos 2011 (Selasa)

    09.00 pagi- Majlis perasmian pameran.
    10.00 pagi - Lawatan ke tapak pameran.
    10.30 pagi - pengajaran makro
    11.30 pagi Forum "Cabaran penggunaan bahan pengajaran pembelajaran konvensional dalam era digital"

    10 Ogos 2011 (Rabu)

    9.00 pagi - Pameran diteruskan
    11.00 pagi Majlis penutupan perasmian oleh Pengarah  IPG Kampus Tun Hussein Onn, batu Pahat.

    Ruang Pameran  Bahan Pengajaran Pembelajaran

    Antara aktiviti sempena  Pameran Bahan Bantu Mengajar di SK Beroleh,  aktiviti pengajaran makro juga dijalankan. Akrtiviti pengajaran makro ini dilaksanakan  di kalangan guru praktikum yang di sekolah berkenaan.

    Selain daripada itu diadakan juga aktiviti forum yang bertajuk " Cabaran Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Konvensional Dalam Era Digital. Ahli panel terdiri dari En. Omar bin Zakaria, En. Mohan a/l Palaniandy dan juga Pn. Rahana binti Ismail iaitu Guru Besar Cemerlang SK Beroleh. Sementara iru  moderator bagi forum ini ialah En. Ismail bin Jaafar. Perbincangan topik yang dikemukakan berjalan  dengan peuuh  muhibbah . Setiap ahli panel memberi pandangan dari sudut kepakaran masing-masing. Pendapat dan ideia yang diberikan dapat mencambah fikiran untuk melaksanakan  cabaran bahan bantu mengajar di sekolah nanti.

    Pensyarah Jabatan Teknologi  Pendidikan
    Majlis  perasmian pembukaan pameran ini telah disempurnakan oleh Pn. Rahana binti Ismail Guru Besar Sk Beroleh, Batu Pahat. Sementara majlis penutupan  pameran ini telah di laksanakan oleh Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

    Pelajar-pelajar  S4-PISMP yang diwakili oleh dua orang dari setiap kelas telah membantu melicinkan lagi perjalanan pameran yang diadakan di sini.



    Guru Besar  Cemerlang SK Beroleh



    Guru Besar SK Beroleh  sedang membuat lawatan tapak pameran anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan.











    Petugas terdiri dari kalangan pelajar sedang menyusunatur bahan pameran di tapak pameran.