Mesyuarat ALK 5

Mesyuarat Ahli Lembaga kali ke-5 telah diadakan pada 22/7/2011 iaitu pada hari Jumaat. Mesyuarat ini diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan  mulai pukul 2.45 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ismail bin Jaafar.

Seramai tujuh orang  Ahli Lembaga  telah datang bermesyuarat. Mereka ialah En. Ismail bin Jaafar (Pengerusi), Hj. Muhammad Amin bin Simon (Setiausaha), Ph. Hjh. Zanariah binti Mahyun (Bendahari), Hj. Esa bin Abd Rahman (ALK),En.  A.Latif bin Abdullah (ALK)Muhamad Ikram (ALK) dan Aflah (ALK). Sementara  lima orang lagi tidak hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi. Pengerusi menyentuh tentang  perjalanan kedai koperasi. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada  Pengurus Kedai Koperasi Hj. Esa kerana telah dapat menjalankan tugas sebagai pengurus kedai dengan baik sekali. Keadaan kedai kemas dan terurus. Kebolehkepercayaan terhadap  penjaga kedai  adalah tinggi dan berkualiti. Pengerusi juga menyatakan tentang pungutan wang sewaan kedai fotostat telah bermula mulai Jun 2011 yang dibayar oleh  penyewa Kedudukan stok yang ada pada kedai  juga amat memberangsangkan.

Seterusnya  pengesahan minit mesyuarat . Hj. Esa bin Abd Rahman telah mencadangkan supaya minit mesyuarat  ALK kali ke-4 disahkan. Ini disokong oleh Pn. Hjh. Zanariah binti Mahyun. Perkara berbangkit yang ditimbulkan ialah perjanjian sewa kedai fotyostat agar dapat dibuat pembaharuan. Dengan ini majlis bersetuju memutuskan supaya Pengerusi  membuat perjanjian demuala dengan Ah Meng mengenai sewa kedai fotostat.

Laporan dari pengurus kedai  mendapati perjalanan aktiviti  kedai berjalan  lancar. Didapati bahawa stok masih ada dan memenuhi keperluan pelanggan. Memandangkan keadaan kedai koperasi adalah satu pelaburan. Laporan  unit kebajikan masih tidak dapat dilaporkan kerana ALK yang bertanggungjawab   tidak dapat hadir  pada mesyuarat kali ini.

Seterusnya pengerusi  membincangkan persediaan mesyuarat Agung kali ke-15. Majlis memutuskan mesyuarat kali ini diadakan pada 19/8/2011 (Jumaat) pukul 2.00 petang. Tempat diadakan ialah  di Dewan  Seri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Pembentukan Jawatankuasa  adalah seperti berikut:

Persiapan tempat dan  peralatan
  • Muhammad Hazlin
Jemputan
  • Hj. Muhammad Amin bin Simon
Buku Laporan Tahunan dan Pencetakan
  • Hj. Muhammad Amin bin Simon
Banner/backdrop
  • Hj. Esa bin Abd Rahman
Cabutan bertuah
  1. Hj. Esa bin Abd Rahman
Cenderahati
  • Pn. Hjh. Zanariah binti Mahyun
Pendaftaran
  • A. Latif bin Abdulllah
Pemberian Elaun Kehadiran Mesyuarat
  • Pn Hjh. Zanariah binti Mahyun

No comments:

Post a Comment