Koperasi Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn Berhad telah menghantar 4 orang peserta untuk mengikuti kursus pelaburan. Kursus ini diadakan di Hotal Seri Pelangi, Muar, No. 79 Jalan Sisi 84000 Muar, Johor. Peserta yang terlibat dalam kursus ini ialah Hj. Muhammad Amin bin Simon, En. Ismail bin Jaafar, Hj. Esa bin Abd Rahman dan Pn. Zanariah binti Mahyun. Mereka ini adalah Ahli Lembaga Koperasi yang dihantar untuk mendalami tentang ilmu pelaburan untuk koperasi.
Kursus ini dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. Jumlah peserta yang diambil dalam kursus ini ialah 50 orang dan terbuka kepada semua ahli lembaga, ahli koperasi yang berdaftar dengan Angkasa.
Aturcara Kursus 1 Hari ialah seperti berikut:
8.00 hingga 9.00 pagi pendaftaran
9.00-9.30 pagi - Taklimat dan suai kenal
9.00-10.30 pagi- Minum pagi
10.00-11.30 pagi - Modul 1 - Perundangan koperasi dan asas pelaburan
11.30-12.30 tgh- Modul II - Teknik-Teknik Penilaian Pelaburan
12.30-2.00 petangt- Makan Tengahari/Rehat
2.00-3.00 petang- Modul II-Sambungan Teknik-teknik Penilaian Pelaburan
3.00-4.00 petang- Modul III - Pengurusan Dikumen Pelaburan
4.00 - 5.00 petang - Latihan
5.00-5.30 petang -Minum Petang/Bersurai
Penceramah kursus untuk Modul1, Modul II* dan Modul III ialan En. Azman bin Ahamad. Beliau adalah kakitangan Angkasa iaitu Unit Latihan.Majlis kursus dimulakan dengan ucapan pegawai perhubngan angkasa. Isi kandungan Modul kursus pelaburan koperasi adalah seperti berikut:
Modul I
1.Pengenalan
2. mengikut perundangan koperasi
- Kumpulan wang rizab statutori
- Kumpulan wang amanah pendidikan koperasi
- Kumpulan wang amanah pembangunan koperasi
- Pembayaran potongan keranan pelanggan
- Pembayaran dividen
- Pembayaran untuk kebajikan anggota dan masyarakat.
Pelaburan Aset Kewangan. Antaranya ialah pelaburan saham,pelaburan amanah tetap pelaburan modal,aaham amanah tanpa jaminan modal, simpanan tetap,amanah saham jaminan modal, bon, dinar emas, dirham perakSementara itu pelaburan aset tetap (harta tak alih) seperti membuat pelaburan terhadap bangunan dan tanah atau pelaburan aset-aset alin seperti mesin, perniagaan dan projek baru.
4. Asas dalam membuat pelaburan
- Pengetahuan tentang pelaburan
- Membuat kajian kemungkinan
- Melantik pengurus pelaburan
- Sumber kewangan
- Elak pelaburan berisiko tinggu
- Menyedia cadangan pelaburan
Modul II
1.Pengenalan
2. Teknik penilaian aset kewangan/Pelaburan wang
- Pelaburan saham
- Analisis pelaburan saham
- Model Tanpa Diskaun
- Model Diskaun
5. Kesimpulan
Modul III
1. Pengenalan
2. Dokumen-dokumen pelaburan
- Surat permohonan
- Kertas kerja cadangan pelaburan
- Unjuran aliran tunai dan unjuran untung rugi pelaburan untuk tempuh 3 hingga 5 tahun
- Cabuta minit mesyuarat agung dan mesyuarat lembaga yang disahkan
- Penyata mudah tunai
- Salinan penyata bank tiga bulan kebelakangan
- Penyata kewangan beraudit tiga tahun kebelakangan
- Laporan penilaian (jika berkenaan)
- Draf perjanjian (jika berkenaan)
- Surat tawaran pelaburan
- Lain-lain dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan
- Sirat permohonan
4. KesimpulanKesimpulan
Bibliografi
Akta Koperasi (Pindaan 2007), Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Garis Panduan Penyeliaan Koperasi Jabatan Pembangunan Koperasi, 2005
Pekeliling Ketua Pentadbir Bil 2/2003, Jabatan Pembangunan Koperasi
Dimensi KOOP bil 1/2006, Maktab Kerjasama Malaysia, januari 2006
Roslan Hj. Ali (2003).Pelaburan, Penilaian dan Penerapan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pistaka.
Rokian Hassan(2003).Pelaburan Saham Dalam Perancangan Kewangan, Leed Publication.
Laporan Tahunan ke-75, Koperasi Telekom malaysia Berhad (Kota Mas)
Ismail Ab. Wahab dan Faridah Ahmad (2004). Strategi Pengurusan Kewangan; Perniagaan Kecil dan Sederhana. Prentice Hall, Selangor.
Butiran Angkasa
Angkasa
Pejabat Perhubungan Angkasa Negeri Johor
No 14-A, Jalan Besi 2, Taman Sri Putri,
81300 Skiudai, Johor Bahru, Johor
Tel: 07-5584457
No. Fax ; 07-5584457
Email; jpn-johor@angkasa coop
No comments:
Post a Comment