Program KISSM Jun 2011

Program KISSM di IPG Kamopus Tun Hussein Onn telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 28 Jun 2011 hingga 29 Jun 2011.Kumpulan yang terlibat ialah pelajar KPLI sepenuh masa  Ambilan Jun 2010 , Program ini telah dilaksanakan di Balai Ilmu dan juga Bilik Persidangan. Jumlah pelajar  seramai 86 orang  bagi program sepenuh masa.
Calon KISSM Jun 2011 sedang menduduki peperiksaan

Bagi kandungan interaksi bersemuka, pelajar-pelajar ini didedahkan dengan  kurikulum KISSM Modul Khusus. Sementara itu bagi modul umum, pelajar-pelajar dikehendaki membaca sendiri berdasarkan sukatan yang diberi.

Kursus ini telah diakhiri dengan peperiksaan KISSM. Peperiksaan KISSM diadakan pada 30 Jun 2011 (Khamis) iiaitu seperti butiran berikut:

Kertas 1 ; 9.00 hingga 9.40 pagi
Kertas 2: 10.00 hingga 1.00 tengahari

Sedang mengawas peperiksaan 30 Jun 2011

Kumpulan yang terlibat ialah KPLI sepenuh masa, kumpulan KDC dan juga calon menumpang dari Sabah dan Sarawak. Peperiksaan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengawas peperiksan bertugas  pada masa ini ialah Muhammad Amin bin Simon sebagai Ketua Pengawas, dibantu oleh Tn. Hj. Esa bin Abd Rahman, Pn. Norazmah, En. Mohd Sukur Taiken, En. Muhamad Daud bin Abu Yamin dan En.Abdul Sukur.


No comments:

Post a Comment