Contoh RPH



LAMPIRAN D

RPH Bahasa Melayu Tahun 1 Berdasarkan Model ASSURE

Tarikh                          :           01.6.2014       
Mata apelajaran           :           Bahasa Melayu
Masa                            :           9.00-10.00 pagi
Tahun                          :           1 Perdana
Tema                           :           Keselamatan Jalan Raya
Tajuk                           :           Peraturan di Jalan Raya
Pengetahuan sedia ada :          1. Murid-murid pernah melihat kemalangan sama
                                                ada secara langsung, surat khabar atau televisyen
                                                2.Murid-murid telah didedahkan dengan keselamatan 
                                                jalan raya, simbol-simbol jalan raya, lampu isyarat
dan sebagainya

Objektif eksplisit         :           Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat:
1.      Menjawab sekurang-kurangnya dua daripada empat soalan yang dikemukan secara lisan berdasarkan video situasi yang dipaparkan dengan betul dan tepat
2.      Membaca kuat sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu berdasarkan slaid persembahan yang dipaparkan



PENYAMPAIAN    
Langkah
Isi Pelajaran
Kaedah Penyampaian
Catatan

Langkah 1

(10 minit)
Peraturan di  Jalan Raya

Situasi 1
-  Simbol-simbol jalan raya

Situasi 2
-  Kesibukan lalulintas di jalan raya dan kemalangan

Situasi 3
-  Kanak-kanak melintas jalan raya

Situasi 4
-  Ibu dan anak melintas jalan raya


Contoh soalan
1.      Pernahkah kamu melihat simbol-simbol yang dipaparkan dalam Situasi 1?

2.      Apakah yang berlaku dalam Situasi 2?

3.      Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak apabila melintas di  jalan raya dalam Situasi 3?

4.   Bagaimanakah ibu dan anak melintas di jalan raya dalam Situasi 4?




1.      Guru menayangkan Video Situasi di Jalan Raya
2.      Guru dan murid bersoal jawab berdasarkan tayangan video situasi tersebut
3.      Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara spontan



Strategi P&P

Kemahiran bahasa

Lisan

Teknik
Penyoalan

ABM
Video Situasi di  Jalan Raya

KBKK
Membanding dan membeza dan membuat urutan


Analisis Kandungan




LAMPIRAN A
ANALISIS KANDUNGAN


MODEL ASSURE

LANGKAH
HURAIAN MODEL
HURAIAN ANALISIS
1
A - Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar)
1. Ciri-ciri umum
  • Umur - tujuh tahun
  • Tahun – Satu
  • Latar belakang sosio ekonomi – Kebanyakan murid terdiri daripada golongan sederhana. Mereka ke sekolah dengan berjalan kaki, menaiki motosikal dan ada juga menaiki kereta dan bas. Murid-murid juga mempunyai televisyen di rumah.

2. Kompetensi khusus peringkat  
    masuk

Pengetahuan sedia ada
  • Murid-murid biasa melihat simbol-simbol  jalan raya
  • Murid-murid biasa dengan peraturan di jalan raya seperti pemakaian topi keledar, tali pinggang keledar,  dan sebagainya
  • Murid-murid juga biasa menonton iklan Kempen Keselamatam Jalan Raya di televisyen.
  • Murid-murid juga didedahkan dengan mata pelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
  • Murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis

Stail pembelajaran

  • Murid-murid suka aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, nyanyian dan aktiviti yang berunsurkan pertandingan seperti kuiz.
  • Stail pembelajaran yang berbeza ialah pembelajaran kinestatik yang suka penglibatan fizikal. Ada pembelajaran auditori yang penglibatan dengan arahan lisan, dan pembelajaran Visual yang perlu melihat untuk memahami sesuatu.

2
S - State objectives
(Menyatakan objektif)
1.      Menjawab sekurang-kurangnya dua daripada empat soalan yang dikemukan secara lisan berdasarkan video situasi yang dipapaprkan dengan betul dan tepat
2.      Membaca kuat sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu berdasarkan slaid persembahan yang dipaparkan

3
S - Select Metnods, Media & Materials
(Memilih Kaedah, Media & Bahan)
1.      Pemilihan Kaedah

·         Set induksi – guru menggunakan kaedah main peranan untuk menarik perhatian dan minat murid
·         Penyampaian - Langkah 1
Guru menggunakan tayangan video situasi dan guru menggunakan kaedah penyoalan supaya murid menguasai kemahiran asas lisan selaras dengan objektif satu

2. Pemilihan Media dan Bahan

·         Sesuai – penggunaan video situasi jalan raya adalah sesuai dengan objektif satu
·         Penggunaan  video membolehkan murid melihat dan mendengar secara aktif dan guru menyediakan keadaan yang benar yang tidak membahayakan.
·         Jimat dan mudah
·         Menarik perhatian dan minat murid

4
U - Utilize Media & Meterials
(Menggunakan media & bahan)

  • Mengadakan pratonton terutama media tayangan dan media audio
  • Guru mempunyai kemahiran dalam penggunaan media pengajaran seperti komputer, LCD dan sebagainya
  • Kesesuaian persekitaran dan tempat dimana pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

5

R – Require Learner Participation
( Memerlukan Penyertaan Pelajar)

  1. Guru mendorong penglibatan murid secara aktif dengan strategi pemusatan murid.
    • Guru menyoal murid tentang tayangan video
    • Guru membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan-interaksi dua hala
    • Permainan kuiz mengikut kumpulan, mendorong murid bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan masalah
    • Pembelajaran auditori melibatkan semua murid dalam aktiviti nyanyian dan bacaan secara kelas
6
E – Evaluate & Revise
(Menilai & Mengulang kaji)

Proses penilaian dibuat secara berterusan dan dikendalikan di mana-mana tahap semasa proses penyampaian
  •  Pencapaian objektif pertama iaitu menjawab soalan yang dikemukakan secara spontan dan penilaian ini dinilai secara pemerhatian
  • Pencapaian objektif kedua iaitu membaca ayat juga dinilai melalui pemerhatian
  • Guru juga menilai keberkesanan kaedah dan media yang dipilih dan adakah ia membantu murid mencapai objektif
  • Menilai penglibatan guru dan murid – komunikasi dua hala.