Reka Bentuk Pengajaran



2.1         Konsep Reka Bentuk Pengajaran




2.1.1  Pengertian

Proses penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan tercapai  sekiranya ada perancangan yang  lengkap dan sistematik dimana hasil pembelajaran dapat  diukur. Justeru, reka bentuk pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan  bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur.

Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji  dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku  sehingga objektif tercapai.  Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) ,reka bentuk  pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
Terdapat juga model reka bentuk pengajaran yang lain seperti:
       ASSURE
       ADDIE
       9S Gagne Events
       Dick & Carey
       Water Fall
       ARCS Model of Motivational Design (Keller)
       Kemp Design Model
       Organizational  Elements  Model

Fikirkan





Apakah tujuan mereka bentuk pengajaran?   Sejauh manakah reka bentuk pengajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah proses yang terlibat semasa mereka bentuk pengajaran?






.1.2      Peranan dan Kepentingan 

Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008).  , Konsep Reka Bentuk Pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. 
Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran.  Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.

Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad  dahulu dan kini terdapat banyak  jenis  model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara  asas dalam  sesuatu proses pengajaran iaitu:
  1. menentukan keperluan murid
  2. menentukan matlamat dan objektif
  3. membina prosedur penilaian
  4. mereka bentuk dan memilih strategi  penyampaian
  5. memcuba sistem pengajaran
  6. menilai keseluruhan sistem

Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan Ali et al. 2008)  telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:
  1. model berorientasikan sekolah
  2. model berorientasikan produk
  3. model berorientasikan sistem

Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008)., pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran,  selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan  dedikasi serta inovatif.

Perbincangan




Apakah perkara asas yang merangkumi satu proses pengajaran?




No comments:

Post a Comment