Reka Bentuk Mesej Dalam Pengajaran dan Pembelajaran




.3         Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan penerima mesej. Mengikut  Asociation for Educational Communication and Technology (AECT)2004)  (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.
Justeru, segala media  dalam bentuk audio, video, grafik, suara  dan bahasa penyampaian  guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.


Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:
  • Mesej
  • Bentuk mesej
  • Saluran mesej




i.  Mesej

Mesej ialah isi kandungan yang  hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.


ii.  Bentuk mesej

Merujuk kepada persoalan bagaimana  mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman,  dan sebagainya.


iii.  Saluran mesej

Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan  sesuatu mesej . Mesej boleh disampaikan dalam bentuk  elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen,  projektor ‘Overhead’, projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.

              Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan yang penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas murid untuk mempercepatkan penyampaian mesej.

              Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008)  , murid mempelajari sesuatu kemahian baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu  murid sendiri yang melalui proses perbuatan,  proses mengamati, akhirnya murid akan  berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

              Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal sahaja, maka  semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada pengalaman langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)





Perbincangan






Penilaian' merupakan salah satu langkah yang terdapat dalam model ADDIE. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan dengan rakan anda mengenai bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan dan terangkan ciri-ciri setiap bentuk penilaian dengan memberikan sekurang-kurangnya satu contoh yang sesuai.





RUMUSAN

Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi lebih  teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat penting kerana ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai kemahiran dan adanya berlaku perubahan tingkah laku.


BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational technology for teaching and learning.  Merrill Prentice-Hall.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:  OUM.




No comments:

Post a Comment