.4.1 Model ADDIE
Model
ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini ialah
penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang dikumpul.
Ia juga menjimatkan masa kerana masalah
dapat diatasi sebaik sahaja dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.
A
|
Analysis
|
D
|
Design
|
D
|
Development
|
I
|
Implementation
|
E
|
Evaluation
|
2.4.1.1 Analysis
Phase (Peringkat Analisis)
Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid,
ciri-ciri pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan,
strategi pengajaran yang dipilih dan pengalaman lepas murid.
2.4.1.2 Design
phase (Peringkat Reka Bentuk)
Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran,
penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran
yang akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan
pengukuhan dan pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap
penguasai kemahiran yang telah disampaikan.
2.4.1.3
Peringkat Perkembangan
Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan
penggunaan teknologi.
2.4.1.4
Peringkat Implementasi
Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu
daripada pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran,
pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai dan bentuk
ujian.
2.4.1.5
Peringkat Penilaian
Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif
dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dijalankan di sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dan penilaian sumatif akan dijalankan pada
penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas
daripada muridInternet
|
1.
http://www.instructionaldesign.org/models/addie_weaknesses.html
2.
http://www.instructionaldesign.org/models/dick_carey_model.html
3.
http://www.umich.edu/~ed626/Dick_Carey/dc.html
|
Perbincangan
|
Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan
yang ada pada reka bentuk pengajaran ASSURE dan Dick & Carey.
|
No comments:
Post a Comment