Laman Web

Kategori Laman Web Mengikut Fungsi

Kategori laman web yang boleh dibangunkan merupakan satu faktor yang memberi kesan kepada konsep reka bentuk laman web yang akandigunakan. Terdapat  pelbagai cara bagaimana sesebuah laman web dikategirikan. Pengguna bias amungkin mengkategorikan sesebuah laman web berdasarkan reka bentuk visual apa yang dilihat. Sebagai contoh mungkin laman web ini dikategorikan kepada kategori berasaskan teks berasaskan grafik, berasaskan metafora dan sebagainya.

Laman web boleh dikategorikan kepada fungsi yang dimainkan olehnya seperti berita, pendidikan, perniagaan, hiburan, hobi, agama, kemasyarakatan, peribadi dan sebagainya. Berikut dijelaskan kategori laman web yang utama.

Komersil

Laman web dalam kategori komersil merujuk kepada laman web berunsurkan perniagaan atau mempunyai ciri-ciri komersil. Laman web sebegini biasanya mempunyai reka bentuk yang kelihatan formal, kemas dan perlu sentiasa dikemaskini. Ianya juga menawarkan pelbagai kemudahan interaktif khususnya dari aspek carian damn pembelian produk yang akan dipasarkan.Laman web sebegini juga biasanya memerlukan sistem keselamatan yang tinggi khususnya apabila ianya menawarkan kemudahan transaksi menerusi kad kredit, pemindahan akaun bank dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa contoh  laman web dalam kategori komersil.

http://www.toyota.com.my/vios/#exterior
 Laman web Toyota
Kerajaan

Laman web dalam kategori kerajaan merujuk kepada laman web kementerian, jabatan, atau mana-mana agensi kerajaan yang lain. Di Malaysia misalnya, kebanyakan kementerian atau jabatan kerajaan telah mempunyai laman web sendiri. Ini penting khususnya bagi menyampaikan maklumat yang diperlukan kepada rakyat.

Kebanyakan laman web dalam kategori ini biasanya mempunyai teks, bentuk yang ringkas dan formal. Walaubagaimanapun, oleh kerana pada masa ini masih belum ada penyelarasan antara kementerian di dalam kerajaan maka reka bentuk laman web yang digunakan juga tidak selaras. Di Malaysia misslanya terdapat kementerian yang mempunyai reka bentuk laman web yang menarik sertamenawarkan maklumat serta kemudahan yang berfaedah kepada pengguna.Di sebalik itu  juga erdapat laman web kementerian yang memerlukan suntikan idea untuk membolehkannya diterima oleh pengguna dengan lebih selasa.

Biasanya laman web dalam kategori ini mempunyai alamat atau URL berasaskan gov seperti http://www,moh.gov.my (Kementerian Kesihatan Malaysia), http://www.mod.gov.my (Kementerian pertahan Malaysia) dan sebagainya.


http://www.moe.gov.my/
Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia


Komuniti atau Perkhidmatan Masyarakat

Laman web dalam kategori komuniti atau perkhidmatan masyarakat juga merupakan antara kategori laman web yang semakin popular. Ianya menawarkan maklumat kepada kumpulan pengguna tertentu bergantung kepada persamaan ciri mseperti minat, kepercayaan, keperluan dan sebagainya. Laman web berkaitan dengan kempen mencintai sungai, kempen anti merokok, persatuan ibu tunggal, persatuan  sukarelawan  dan sebagainya merupakan antara  contoh laman web yang berada  dalam kategori ini.

Biasanya reka bentuk laman web sebegini  kelihatan ringkas tetapi mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh pengguna. Ia juga biasanya menyediakan ruangan komunikasi  seperti forum elektronik yang membolehkan pengguna berinteraksi sesama mereka. Boiasanya laman web dari kategori ini mempunyai alamat atau URL berasaskan org.


Laman web world org

Pendidikan

Laman web universiti , institut, kolej, IPGM, politeknik, sekolah dan institut pendidikan yang lain merupakan laman web yang berada dalam kategori ini. Ia biasanya menawarkan reka bentuk yang formal dan kemas serta menyediakan kemudahan capaian maklumat khususnya kepada pelajar-pelajkar dan juga bakal pelajar dari masa kesemasa. Selain itu ia juga menawarkan maklumat berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan, pembelajaran dan lain-lain uang berkaitan dengan dunia pendidikan.
http://www.iptho.edu.my/
 Laman web IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

Pembelajaran dan Latihan

Selain  daripada bidang pendidikan, bidang pembelajaran dan latihan juga merupakan antara kategori laman web yang banyak dihasilkan. Terdapat laman web pembelajaran dan latihan yang menawarkan perkhidmatan secara percuma dan ada juga yang perlu dilanggan dengan bayaran tertentu.Kebanyakan institiut pengajian tinggi misalnya menawarkan kemudahan pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran. Biasanya laman e=pembelajaran sebegini menggunakan kemudahan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System-LMS) dan Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System-CMS). Ini bagi memudahkan proses reka bentuk laman web dan juga pengurusan data. Kebanyakan sistem yang dinyatakan juga menyediakan template reka bentuk dan alatan yang diperlukan bagi memudahkan proses reka bentuk dan ga pembangunan web yang diperlukan. Rajah berikut menunjukkan contoh sistem pembelajaran yang digunakan di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

http://www.iptho.edu.my/lma
Laman web e-pembelajaran IPG Kampus Tun Hussein Onn


Peribadi

Laman web dalam kategori peribadi merupakan laman web yang paling popular dan banyak ditemui. Ini memandangkan ianya dihasilkan oleh individu tertentu sama ada sebagai hobi, promosi diri, ekupayaan diri, eksperimen dalam bidang reka bentuk laman web dan sebagainya. Biasanya laman web sebegini tidak mempunyai peraturan dan panduan khusus bagaimana ia perlu direka bentuk atau dibangunkan. Ia mungkin mengandungi maklumat peribadi pembangun, usaha-usaha yang sedang dijalankanm hasil kerja yang ingin dikongsi, diari harian, cetusan rasa harian dan perasaan, blog dan sebagainya. Laman web sebegini mempunyai reka bentuk yang unik dan tersendiri mengikut cittarasa peribadi pereka bentuk laman web tersebut. Perihatikan contoh laman web peribadi berikut.

http://www.indtech.usm.my/karim/AKA/Home.html
 Contoh laman web peribadi

Hiburan

Laman web dalam kategori hiburan merujuk kepada laman web yang menawarkan maklumat berkaitan tantang artis, pelakon dan lain-alain elemen berakitan dengan dunia hiburan. Ia boleh wujud sebagai saluran maklumat atau pun sekadar untuk tujuan hiburan semata-mata. Laman web sebegini biasanya dibangunkan sama ada oleh syarikat di mana artis tersebut bernaung, peminat atau pun artis itu sendiri. Reka bentuk laman web yang terhasil adalah bergantung kepada siapa yang membangunkannya. Ia mungkin sebuah laman web yang  lengkap dan menarik serta disokong oleh pelbagai teknologi moden. Ianya juga boleh merupakan satu laman web yang paling ringkas serta mempunyai elemen-elemen asas  sebuah laman web sahaja. Berikt merupakan contoh beberapa laman web yang berada dalam kategori hiburan.

http://www.rabbani.com.my/
Laman web hiburan

1 comment:

  1. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    ReplyDelete